|
Cerpen : Dia Itu Aku
Monday 30 December 2013 | 15:12 | 0 comments
“Aduh,sakitnya”.
Aku
terasa seperti tanganku sudah patah. Kesakitan yang menjalar di segenap tubuhku
menyukarkan aku untuk berdiri. Seperti terkena renjatan elektrik rasanya. Aku
cuba melihat keadaan di sekelilingku.
“Di
mana aku?”, soalku kepada diri sendiri.
Aku
seperti berada di dalam sebuah makmal yang terbiar. Di sekitar ku penuh dengan
kelengkapan dan alat yang canggih. Bau bahan kimia menusuk kuat ke hidungku.
Aku cuba untuk mengingat semula apa yang berlaku sebelum aku tidak sedarkan
diri. Bagaimana aku boleh berada di sini? Mengapa tanganku patah? Bunyi air
yang menitik dari paip yang bocor menambahkan lagi kekusutan di fikiranku. Perlahan-lahan
aku berjalan tanpa arah sambil memikirkan persoalan sebentar tadi. Aku terlihat
ada sekeping kertas di atas meja. Bagai ada sesuatu yang menyuruh aku mencapai
kertas tersebut dan membacanya.
Aku terpempan. Kini aku sudah ingat segalanya. Kertas di tangan ku
ini adalah maklumat tentang seseorang yang menyerupai aku. Tempat yang aku berada
sekarang ialah makmal rahsiaku dalam membuat klon ku sendiri. Klon. Ya , klon
yang aku cipta dengan penat lelah telah membuat khianat kepada diriku yakni
tuannya. Namaku Ann. Seorang profesor yang berjaya di Kota Sillas. Hasil ciptaan
aku telah banyak membantu ramai orang seterusnya menjadikan aku seorang yang
kaya. Namun ciptaan ku yang terakhir telah memakan diriku sendiri. Klon yang
aku beri nama Ann-2 telah mengambil identitiku sebagai orang yang berpengaruh
di Kota Sillas. Dia telah menghancurkan hidupku. Hidup yang dulunya di puncak
kejayaan , kini telah musnah semuanya. Ini semua angkara si keparat itu. Aku
harus mencari Ann-2 dan tamatkan riwayat hidupnya.
Di
hadapan aku ini adalah sebuah banglo empat tingkat yang dulunya kepunyaan aku.
Seperti pencuri yang berpengalaman, aku menyelinap masuk ke dalam rumah
tersebut. Aku pasti dia sedang tidur dan tidak perasan akan kehadiran aku.
Segala sistem keselamatan banglo tersebut berjaya aku lepasi. Ianya amat mudah
kerana aku yang mencipta sistem keselamatan tersebut. Aku tahu setiap kelemahan
benda ciptaanku. Dengan langkah yang perlahan, aku menuju ke arah bilik tidur
yang terletak di tingkat paling atas dan terus menerpa masuk ke dalam bilik
tersebut. Pisau sudah siap sedia berada di tangan ku.
“Hiaarrgghh!”
Aku
terus menikam Ann-2 yang berselubung di bawah selimut.
“Mati
kau! Mati kau! Rasakan ini”, ucap diriku antara dengar atau tidak.
Hampir
berbelas kali aku melakukan tikaman,aku terasa sesuatu yang agak aneh.
Hampa.
Setelah berkali-kali aku tikam akhirnya aku sedar bahawa di bawah selimut itu
hanyalah sebiji bantal.
Tiba-tiba,
ada satu suara yang menyergahku dari arah belakang. Oleh kerana terkejut, aku
terlompat ke atas katil.
“Berani
kau masuk rumah aku. Kau sudah aku bunuh. Bagaimana kau boleh berada di rumah
aku?”
Ya. Orang
yang aku cari akhirnya muncul juga. Tanpa membuang masa, terus saja aku
menghunus pisau ke arah Ann-2,ingin menikam dirinya. Ann-2 yang sudah duga akan
perbuatanku,dengan tangkas mengelak serangan tersebut.
Aku menendang
dia. Dia menyepak aku. Aku menumbuk mukanya. Dia menampar mukaku. Bergilir-gilir
kami cuba untuk mencederakan satu sama lain. Pisau yang tadinya di tangan aku
kini sudah hilang tercampak di mana. Aku dan dia sama hebat. Kami bergelut
selama 10 minit sebelum jatuh kerana keletihan. Terasa ada cecair panas yang
menuruni hidungku. Aku lihat Ann-2 juga sudah cedera.
“Tak
guna kau! Kau sepatutnya tak wujud, Ann-2!”, tempelak ‘Ann-2’ kepada aku.
Ann-2?
Tidak. Tak mungkin.
“Aku
memang silap kerana mencipta engkau. Mengapa? Terkejut? Ya,kau Ann-2 dan aku
Ann yang sebenar. Kau yang pandai-pandai mendakwa bahawa kau adalah aku. Liat nyawa
kau rupanya. Sepatutnya kau sudah mati terkubur di makmal itu bersama terkuburnya
impian aku untuk menjadi orang yang pertama kali berjaya mencipta klon yang
sempurna. Bahkan lagi sempurna daripada manusia biasa. Mungkin ini balasan yang
diberikan kepada aku kerana ingin menjadi seperti Tuhan.” Tambah ‘Ann-2’ lagi.
Mulutku
seperti digam. Tiada apa yang dapat aku suarakan. Perasaanku kini
bercampur-baur. Terkejut. Sedih. Marah. Geram. Dicampur,diadun dan digaul
menjadi satu. Aku seperti orang hilang akal saat ini.
“Kau
bohong!”
Bentak
aku dengan kasar. Aku sekadar ingin menyedapkan hatiku dengan mengatakan bahawa
apa yang dia katakan adalah tipu belaka.
Terlihat
senyuman yang sinis terukir di bibirnya. Bagai menyejek aku.
“
Kah kah kah.” Ketawa Ann kemudiannya. Sungguh jelek di pendengaranku.
Sambil
ketawa, dia menunjuk ke arah tapak kakiku. Aku melihat ke arah tempat yang
ditunjukkan. Di tapak kakiku terdapat sejenis tatu yang berupa kod bar.
Ann berkata
,” Itulah ‘tanda lahir’ kau. Atau boleh juga disebut tarikh pembuatan kau.”
Aku sudah
dapat menerima logik kata-kata Ann sebentar tadi. Jadi, akulah sebenarnya klon.
Aku Ann-2. Aku bukan manusia sebenar. Aku yang bersalah dalam hal ni? Tidak. Dia
yang bersalah. Dia yang harus menerima akibatnya kerana telah mencipta aku. Bagai
dirasuk syaitan, aku mendapatkan pisau yang berada di bawah katil. Aku meneruskan
misiku iaitu menghapuskan Ann.
“Rasakan!”.
Keesokan
hari.
Tajuk
di berita tempatan,
MAYAT
SEORANG GADIS YANG DIBUNUH DENGAN KEJAM DIJUMPAI DI DALAM SEMAK.
Sajak Kemanusiaan
| 07:03 | 0 comments
Ya Rabb ,Andai saja diriku didiami dengan keberanian , Daripada hanya dibasahi belas kasihan , Menyaksikan dan merasai keperitan disekitarnya . Disana wujud saudara seIslamku , Yang sungguh luar biasa keazamannya , Walaupun hatinya dibaluti dengan perasaan gentar dan takut , Namun ditepis lalu berusaha dengan setiap cubaan diri . Disana juga wujud anak kecil , Meratapi kehidupan bondanya yang berakhir di medan perang , Yang tinggal hanyalah cebisan memori suka duka kala dulu , Dia kini keseorangan dan kesunyian . Bertemankan tangisan darah , Jasmani mula lemah longlai , Tetapi rohani masih gagah , Mengorak langkahan kaki , Demi mempertahankan maruah kehidupan . Wahai diri , Kau hanya mampu mengirim sepucuk doa rahmat , Dan mengingati mereka dalam hari-hari hidupmu , Agar mereka cekal menongkah deras kehidupan , Yang didasari manik-manik Islam dan Iman . |